Sunday, February 8, 2015

9 Tips Penting Pemilihan dan Penjagaan Tuala Mandi

Pernah tak pembaca semua beli tuala mandi yang nampak cantik tapi bila digunakan memang tak best sebab langsung tak menyerap air? Hihi, ini memang pernah terjadi sendiri pada Mek ila terutamanya pada tuala mandi hadiah yang bersulam.  Sudahnya tuala tadi hanya disimpan di dalam almari dijadikan kenangan.


Jadi hari ini mek ila ingin berkongsi tips penting dalam memilih tuala mandi yang berkualiti dan cara-cara penjagaannya.

 Tips Pemilihan Tuala Mandi

  • Untuk keselesaan, pilih tuala yang dibuat daripada 100% kain kapas kerana ianya menyerap air.
  • Pilih saiz tuala yang bersesuaian dengan keperluan. Sebagai contoh tuala muka, tuala mandi atau tuala yang digunakan untuk perjalanan (travelling).
  • Jangan hanya melihat tuala yang digantung di rak. Kena pegang, belek-belek dan rasa tekstur tuala. Tuala yang berkualiti akan nampak lebih berat berbanding rupanya - membuktikan kuasa penyerapan airnya.

Tips Yang Ni Tak Boleh Buat Kecuali Dengan Kebenaran Tokey Jual Towel Tau!
  •  Ini tips yang paling mudah tapi tak boleh dibuat nanti tokey jual tuala marah : tuang sedikit air ke atas tuala. Jika air bertakung, tuala tersebut memang tidak serap air. Jika air tembus ke bawah, tuala tersebut memang serap air.

Ok, ini untuk tips penjagaan tuala pula.


Tips Penjagaan Tuala
  • Baca label arahan dengan teliti. Elakkan penggunaan air panas ketika membasuh tuala dan elakkan pengeringan yang berlebihan.
  • Untuk menjaga kelembutan tuala, gunakan hanya setengah daripada jumlah serbuk pencuci yang disyorkan. Elakkan daripada menabur pencuci secara terus ke atas tuala.
  • Gunakan pelembut fabric (softener) sekali sekala sahaja. Jangan menuang pelembut secara terus ke atas tuala. Elakkan penggunaan pelembut yang berasaskan silicon kerana ianya akan meninggalkan kesan berlilin yang akan mengurangkan kuasa penyerapan air.


  • Asingkan basuhan tuala yang berwarna terang dengan tuala berwarna lembut terutamanya pada cucian kali pertama. Elakkan membasuh tuala dengan pakaian lain yang mempunyai zip, cangkuk atau butang bagi mengelakkan tekstur tuala berbulu atau tersangkut.
  • Sidai tuala di ampaian secara penuh untuk pengudaraan dan pengeringan yang cepat. Bilangan basuhan yang kurang akan memanjangkan jangka hayat tuala.
  • Elakkan meletak tuala yang lembab @ basah di dalam beg kerana ianya boleh menyebabkan pembiakan bakteria. 
Mek ila percaya kalau pembaca semua ikut tips-tips yang disarankan ini, pasti tuala mandi sedia ada tu boleh dipanjangkan jangka hayatnya dan digunakan bertahun-tahun lamanya, hihi.


Salam Sayang dan Jumpa Lagi


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!   

2 Cara Mudah Jadi Ahli Shaklee
Jom Tambahkan Pendapatan dan  Buat Side Income
Keistimewaan Bisness Shaklee Bersama Kami
 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com


8 comments:

nila anggraini on February 8, 2015 at 7:59 AM said...

informasi dan tips yang sangat bermanfaat sekali ...kadang kita terlepas pandang dengan perkara pemilihan tuala ni, apalagi bagi kanak-kanak yang hanya mementingkan corak dan gambar sahaja berbanding kualiti materialnya. terima kasih dear Illa....

Kak Yani Kurus Cantik Dan Bergaya Semula Dengan Set Awesome

alyaa aidee on February 8, 2015 at 4:45 PM said...

Bak kata orang alah membeli menang memakai :)

shukran TQ on February 8, 2015 at 5:57 PM said...

Bgus tip ni...hihi .. btw, visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ...
HAPPY BLOGGING

sicomel ayatulhusna on February 8, 2015 at 7:31 PM said...

tips yang bagus ni tq ila...saya memang selalu tersalah beli kain tuala ni.

testimoni yang berjaya & berpuas hati dengan produk shaklee

teh ramuan on February 8, 2015 at 11:37 PM said...

sakit hati je kalau dapat tuala yg tak serap air

Mek Ila on February 10, 2015 at 8:24 AM said...

Hihi, memang kan. Kita guna tuala untuk keringkan air. Kalau xserap, memang geram :-)

Shaklee Syaziera on June 13, 2015 at 6:14 PM said...

beli tuala mmg kualiti cotton 100%..tapi masalahnya pulak berbulu..melekat kat badan..dah basuh banyak kali pun bulu tuala masih lekat kat badan..camne ye

Hidayah Wanie on October 2, 2017 at 12:12 AM said...

Sama lah dengan tuala kita .. smpai skg tk dpt tips bagaimana cara hilang kannya ..

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template